kisah bidadari syurga. subhanallah allahuakbar!
KISAH BIDADARI PALING CANTIK DI SYURGA
‘Ainul
Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan
bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika
Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para
Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang
keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan
bidadari-bidadari Sy
urga.
Mendengar berita itu salah seorang
Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana
cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada
Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap
menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad.
Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail
Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah
tadi.
Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada
di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki
yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu
dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu
menjawab, ” inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya
untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju
ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon
dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum
pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.
Lalu
dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana
dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda
dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam
mahligai.
Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita
itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya
di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”
Pemuda
itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya
amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu
seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah
dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah,
saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila
pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara
belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari
tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang
sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya
ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan
kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda itu ikut serta keluar
berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan
pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah
pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka.
Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW
dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW
mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya
Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan
sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….
ade maksud tersirat di sebalik gambar ni. renungkan :) |
0 komentar:
Posting Komentar